Selamat kembali ke semester baru pengajian antum di Universiti Malaya

Posted by Servis Pengajaran Al-Quran | 9:02 PM |

Assalamualaikum wbt,insyaallah pada semeter ini akan diwujud beberapa pembaharuan di dalam aspek pendekatan SPAQ UM Semester dua Edisi 2008/2009, beberapa modul yang telah dinaik taraf, dan pendekatan yang agak lain sedikit dari Edisi yang pertama.
Antara penambahbaikkan pembawaan pengajaran semester ini ialah dengan mengubah pendekatan seperti menitik beratkan kaedah mutaakkhir dalam pembacaan Al-Quran, dimana murid yang membaca bacaan terlebih dahulu dan diikuti dengan teguran kesalan bacaan (jika ada), ini adalah antara perubahan pendekatan yang manjadi harapan seluruh pengurusan SPAQ semoga matlamat mahir Al-Quran akan tercapai dengan izin Allah SWT.
Selain dari yang telah disebut diatas, terdapat juga modul tambahan buat mengisi rohani serta ilmu di dada setiap muslim, insyaallah dengan keupayaan yang sedia ada, pihak pengurusan akan mewujudkan beberapa modul hidup, modul manhaj seorang yang bergelar muslim di atas muka bumi yang luas terbentang ini, alam ini milik Allah, jadi pendekatan kearah mengenal Empunya bumi ini akan digarapakan.
Semoga kerja adan usaha kita diberkati oleh Allah SWT. Wassalam.