Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Posted by Servis Pengajaran Al-Quran | 1:32 AM |

Assalamualaikum wbt.
Dikesempatan minggu2 akhir ini, pihak pengurusan SPAQ UM mengucapkan selamat mentelaah subjek anda dan semoga sukses dalam pengajian anda. Semester depan SPAQ akan mula bernaung dibawah MPMUM, doakan semunya dalam perancangan yang baik Insyaallah.

Tenaga di 7th Diperlukan

Posted by Servis Pengajaran Al-Quran | 8:58 PM |

Kelas servis ini akan diadakan lagi di kolej ini pada setiap hari berikut :
Hari : Jumaat
Masa : selepas solat Maghrib hingga Isyak
Perjalanan Kelas : Talaqqi Musyafahah

Oleh itu, kepada tenaga mahasiswa yang memiliki kemahiran, keinginan untuk menambahkan kehamiran kepada mad'u tentang ilmu pembacaan al-quran,bolehlah memberikan nama kepada pengelola servis ini. Ayuh sama - sama kita mengambil peluang ini untuk mengembalikan syi'ar Islam dibuma Allah tuhan alam semesta ini. Pengelola : 019 5406608 , 013 6726260

Aktiviti Bermula di ASTaR

Posted by Servis Pengajaran Al-Quran | 1:40 AM |

Insyaallah aktiviti SPaqUM akan berjalan seperti biasa di ASTAR pada rabu selepas solat Maghrib.
Ia berbentuk kuliah seperti yang dipersetujui oleh Balai Islam ASTAR.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengajar di ASTar pada waktu tersebut sila hubungi
Pengarah SPAQ UM

Aktiviti SPAQ UM pasca Pemilihan MPMUM diperhebatkan lagi

Posted by Servis Pengajaran Al-Quran | 11:43 PM |

Salam sejahtera.Buat seluruh yang terlibat dengan SPAQ UM. Kali ini, spaq mengambil pendekatan yang pelbagai dari segi kepelbagaian modul, bukan sahaja fokus kepada tajwid, memandangkan Tajwid adalah salah satu cabang untuk menghayati intipati syiar Islam secara menyeluruh,maka modul SPAQ kali ini dipelbagaikan lagi, dengan menekankan elemen tauhid dan kesedaran Islam sebagai manhaj hidup, aka tetapi secara amnya, tajwid adalah fokus utama servis ini. Selamat meneruskan pengajian.

Selamat kembali ke semester baru pengajian antum di Universiti Malaya

Posted by Servis Pengajaran Al-Quran | 9:02 PM |

Assalamualaikum wbt,insyaallah pada semeter ini akan diwujud beberapa pembaharuan di dalam aspek pendekatan SPAQ UM Semester dua Edisi 2008/2009, beberapa modul yang telah dinaik taraf, dan pendekatan yang agak lain sedikit dari Edisi yang pertama.
Antara penambahbaikkan pembawaan pengajaran semester ini ialah dengan mengubah pendekatan seperti menitik beratkan kaedah mutaakkhir dalam pembacaan Al-Quran, dimana murid yang membaca bacaan terlebih dahulu dan diikuti dengan teguran kesalan bacaan (jika ada), ini adalah antara perubahan pendekatan yang manjadi harapan seluruh pengurusan SPAQ semoga matlamat mahir Al-Quran akan tercapai dengan izin Allah SWT.
Selain dari yang telah disebut diatas, terdapat juga modul tambahan buat mengisi rohani serta ilmu di dada setiap muslim, insyaallah dengan keupayaan yang sedia ada, pihak pengurusan akan mewujudkan beberapa modul hidup, modul manhaj seorang yang bergelar muslim di atas muka bumi yang luas terbentang ini, alam ini milik Allah, jadi pendekatan kearah mengenal Empunya bumi ini akan digarapakan.
Semoga kerja adan usaha kita diberkati oleh Allah SWT. Wassalam.